Thursday, October 25, 2012

misi keamanan LUBNAN~MALBATT 5


alalaaa...sweet yerk
bkn senyum lg kn,dlm hati ngis r tue..hehehe

                                                       
Anggota tentera MALBATT 5 telah pergi meninggalkan keluarga masing2 untuk menyertai misi keamanan ke lubnan pada 22 oktober lepas,dan salah seorang daripad mereka, kapten mohamad redzuan iaitu abang iparku sendiri turut serta dalam menjayakan misi tersebut.Hampir serami 500 orang tentera yang dihantar ke lubnan bagi mengantikan tentera yang akan menamatkan misi tersebut iaitu 29 oktober ini selepas setahun berkhidmat di wilayah bergolak itu.Kini,seramai 54 orang pegawai termasuk abang iparku sendiri serta anggota lain termasuk enam anggota wanita angkatan bersenjata diraja brunei dihantar ke sana dan akan ditempatkan di kem tribnan,sektor barat UNIFIL LUBNAN.



Mesti semua anggota keluarga tentera terasa sedih dengan pemergian ahli keluarga mereka walaupun hanya setahun,tapi kita di sini hanya mampu berdoa serta berserah kepada allah agar mereka semua dapat pergi dan pulang dalam keadaan baik...amin~...aritu,area pangkalan udara,tentera udara malaysia dipenuhi dengan sanak saudara masing2 sampai khemah dan tempat yang disediakan tidak muat....betapa ramainya yang datang ..and ma n abah aku serta ahli keluargaku yang lain turut terbang ke sana..



semangat berjuang !!!!


pegawai memberi amant kpd anggota tentera malbatt 5 sebelum berangkat

semoga semunya berjalan  dengan lancar ketika mereka menjalankan tugas walaupun terpaksa menempuhi pelbagai risiko terutamanya keselamatan termasuklah ancaman serangan..semoga anda semua dilindungi,insyaallah..amin













No comments:

Post a Comment