Monday, November 5, 2012

islam itu agama kami..

alhamdulilah,selamat pulang pagi tadi pada pukul 3.30a.m...di bumi unisza
syukur sangat and rasa bertuah walaupun aku menolak pi gunung senyum tue,coz dari program aliterasi dakwah,aku mendapat banyak manfaat dan ilmu yang patut dituntut and dipelajari oleh setiap umat islam terutamanya dalam soal perbandingan ilmu agama.Dalam ceramah yang disampaikan banyak membicarakan mengenai isu perbandingan agama islam terutama dalam masyarakat melayu,cina dan india yang paling diuraikan mengenai cara orang kristian menarik serta berdakwah agama mereka tetapi mengapa orang islam tidak mempertahankan serta ingin membuat anjakan paradigma dalam menyampaikan dakwah kepada semua masyarakat tidak mengira kaum.Di sini kita dapat lihat permulaan serta cara untuk menjawab setiap persoalan mengenai apa yang dipersoalkan oleh setiap daripada kaum lain mengenai ALLAH serta agama islam yang paling tepat yang patut diamalkan serta menjadikan pegangan utama dalam hidup umat islam bukan orang melayu sahaja,malah cina dan india mahupun kaum dan bangsa lain.
Seharusnya wujud perasaan malu dalam diriku ini serta semua orang melayu kerna kita tidak mahu mengambil peluang menyampaikan dakwah kepada kaum lain ataupun bangsa lain,sedangkan banyak peluang dan cara yang boleh kita gunakan dan bukannya menentang mereka dengan membandingkan agama mereka yang disembah itu secara membabi buta dengan menyatakan mereka semua itu bodoh menyembah benda yang tidak sepatutnya,malah mereka juga turut akan mempersoalkan kembali kepada kita semua orang islam mengapa menyembah kaabah??bukankah semua itu sama dan satu tindakan yang bodoh??Oleh itu,kita perlu juga belajar atau mengambil tahu mengenai agama lain untuk dijadikan satu kelebihan kita untuk memanipulasi atau lebih tepat untuk menjawab kembali setiap persoalan mereka dengan itu cara yang digunakan akan membuatkan mereka lebih tertarik kerna kita cuba mengenali diri dan agama mereka dengan lebih mesra maka,proses seterusnya insyaallah agama islam akan terus berkembang luas dan teguh.amin...Yang paling best yang bagi ceramah iaitu brother lim,cg kamaruddin dan en.amin rasanya ramai yang sudah mengenali mereka,so,harap2 lepas nie boleh ikut lagi program mereka..next dekat kL cuma,berbeza sikit dikenakan bayaran,yelah,semua tue normallah kena bayaran mana2 program pun kan...tapi lepas nie lagi menarik akan dibincangkan dengan lebih mendalam dan kita sebagai peserta dan volunter boleh berdiskusi dengan lebih lanjut..ALLAHUAKHBAR,Engkau permudahkan urusan kami semua di dunia ini untuk mencari ilmu dan NURMU,amin..

No comments:

Post a Comment